Cantik tarikh 12.2.2012,cantikkan!Apa yang pasti,rata-rata mereka diluar sana pasti memilih tarikh ini sebagai tarikh hari bersejarah mereka.Untuk itu,pada tarikh ini sepupuku telah selamat ditunangkan dengan pasangannya.Alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar serta dibantu saudara mara terdekat.Waktu begini kami semua dapat berkumpul.Gelak tawa,senda gurau dan lawak jenaka menjadi hiburan waktu itu.Sesi bergambar yang best sekali.Mana tidaknya,tiada segan silu.Klik,pastu gaya spontan dipersembahkan.Diet ku tolak ke tepi.Makanan yang disajikan sangat sedap!
Tahniah Liyana dan pasangannya.Cantik anda ketika itu.
Oh hantaran!
Best cousin forever,itu yang boleh diungkapkan.Kerana kami saling persefahaman walaupun jarang jumpa.Zyann,Wawa,Nana,Liyana dan Adah yang ada pada waktu itu.
Terima kasih adah!kerana sudi menjadi photogrape kami petang itu.walaupun kamera kecil,tapi hasilnya sangat cantik.
memo : thank you nana,hantar aku dan makku balik.:-))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan