Salam jumaat dihulurkan untuk yang melayari My blog.'' tengah dok boring ni,nak kongsi la macam mana saya boleh menurunkan berat badan dalam masa dua bulan ''.Nak tahu macam?Berat sebelum berkahwin,saya hanya mempunyai 38 kg.Selepas berkahwin,masih lagi berat badan yang sama.Tetapi bila mengandungkan kandungan yang pertama,berat badan meningkat ke 42 hingga 45 kg.Walaupun berat badan tidak terlalu meningkat begitu banyak.Alhamdulillah,bayi dalam kandungan sihat.Kita berbalik pada berat badan.Selepas bersalin,berat badan saya meningkat sehingga 50 kg.Mana tidaknya,'' asyik makan,makan''!Pada mulanya,saya tidak begitu mengambil kisah tentang berat badan.Tetapi apabila,melihat kawan - kawan yang kurus.Saya begitu tertarik untuk turunkan berat badan saya.Hari demi hari,melihat berat badan masih belum turun.Saya mengambil keputusan untuk diet dan bersenam.'' nasib baik,ada alat senaman di rumah ''!Mula - mula,agak sukar untuk diteruskan.Tetapi,jika niat itu inginkan yang terbaik.Saya sanggup lakukan.Walaupun,pada awalnya badan kurang selesa.Saya teruskan jugak.Alhamdulillah,dalam masa dua bulan berat badan menurun sebanyak 10 kg.Dalam pada masa yang sama,sokongan orang sekeliling penting agar kita tidak mudah berputus asa.Saya begitu bersyukur kerana berat badan sudah kembali seperti sebelum berkahwin.Sekarang berat badan saya dalam 38 - 40 kg sahaja.Di sini saya ada sertakan tips untuk anda.Jika anda inginkan berat badan yang ideal BMI.Contohnya,'' the metric BMI formula accepts weight measurements in kilograms & height measurements in either cm's or meters.1 meter = 100 cms,meters = meters * meters''.Jika anda ingin tahu selanjutnya,kunjungi ke
http://www.nhlbisupport.com/bmi/bminojs.htm
Table: Metric BMI Formula
BMI =
( kg/m² ) | weight in kilograms |
———————————— |
height in meters² |
Table: BMI Weight Status Categories
BMI | Weight Status |
Below 18.5 | Underweight |
18.5 -24.9 | Normal |
25 - 29.9 | Overweight |
30 & Above | Obese |
Tips yang saya lakukan.
1 Makanan : Nasi putih,Sup ( ayam,daging,sayur,ikan ),Sayuran & Ikan.
Makanan jangan terlalu berminyak.
2 Minuman : Air suam
3 Bersenam : Setiap hari 30 minit hingga satu jam.
4 Bengkung : 24 jam,jika ingin hasil yang terbaik.
5 Aktiviti : menyapu sampah,mengemop lantai & berjalan-jalan supaya boleh mengeluarkan peluh.
26 Mei 2007
2 Mei 2008
21 Mac 2009 ( Ketika Hamil )
24 September 2010
14 November 2010
1 January 2011
17 December 2011
1 January 2012
21 January 2012
4 February 2012
12 Febuary 2012
memo : kurang selesa bila,berat badan meningkat.!:(tp sekarang,Alhamdulillah berat badan dah menurun:-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan