Selasa, 15 November 2011

Resepi | Mee Goreng Simple



                                                          

Bahan:
mee kuning
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis
1 1/2 sudu besar cili boh
1/2 sudu besar sos ikan
1 sos tiram
1 1/2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar kicap manis
1/2 mangkuk kecil isi ayam
sawi
1 keping tauhu
3 biji fish ball

Hiasan:
cili merah
limau kasturi
tauhu

Cara membuatnya :
1 Tumbukkan bawang besar,bawang putih dan ikan bilis sehingga hancur.
2 Panaskan minyak selama 3 minit.Goreng tauhu dan fish ball sehingga kekuningan.
3 Tumiskan bahan yang telah di tumbuk tadi sehingga naik bau.
4 Masukan isi ayam dan kacau.Selepas itu masukan cili boh.
5 Tuangkan sos ikan,sos tiram dan sos cili.Kacau pastu tambahkan setengah cawan air panas.
6 Taburkan sedikit garam.
7 Masukan sawi biarkan seketika.
8 Selepas itu masukan mee dan kacau.
9 Tuangkan kicap manis,kacau dan taburkan tauhu dan fish ball.

Peringatan :
Mee kuning perlu di basuh dengan bersih sebelum digunakan.

memo : mee goreng ni my husband's punya favorites.satu minggu mesti kena ada:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan