Isnin, 21 November 2011
Resepi | Kuih Seri Ayu
Bahan Bahagian Atas:
1 biji kelapa parut
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil tepung ubi
Cara membuatnya :
1 Gaulkan kelapa parut,garam dan tepung ubi.
2 masukkan ke dalam acuan,tekan sebati dan kukus selama 2 minit.
Bahan Bahagian Bawah :
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3 biji telur
2 cawan santan pekat
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil perisa pandan
1 sudu besar ovallate
Cara membuatnya :
1 Pukul telur hingga kembang.
2 Masukan tepung gandum,gula pasir,ovallate,perisa pandan dan pewarna hijau.Pukul hingga sebati
3 Masukan santan pekat dan pukul hingga sebati.
4 Masukan adunan ke dalam acuan yang berisi kelapa parut dan kukus selama 10 minit.
5 Siap di hidangkan.
memo : first time making of seri ayu:)saya tukarkan ovallate kepada soda bikarbonat!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan