Bahan :
1/2 isi dada ayam
2 sudu besar cili boh
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air panas
1 sudu kecil garam
2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu besar krismis
1 batang kulit kayu manis
bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
Bahan di kisar :
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cm halia tua
1 batang serai
1 sudu besar cili boh
Cara membuatnya :
1 Bawang besar,bawang putih,halia tua,serai & cili boh di kisar halus.
2 Perapkan ayam dengan serbuk kunyit selama 10 minit.
3 Gorengkan ayam yang telah di perap tadi.Goreng hingga garing.
4 Panaskan minyak,tumiskan 1/2 sudu besar cili boh.Kacau hingga pecah minyak.
5 Masukan bahan yang di kisar.Kacau hingga naik bau.
6 Masukan kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih & buah pelaga.Kacau hingga sebati.
7 Masukan krismis,susu cair dan 1/2 cawan air panas.Kacau rata,masukan 1 sudu kecil garam.Kacau hingga sebati.
8 Akhir sekali,masukan ayam.Kacau dan biarkan.
9 Siap di hidangkan.
memo : special ayam masak merah for my anniversary 3434:-)nice number..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan