Ahad, 26 Februari 2012
Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Bahan :
Pucuk paku
Santan RM1
10 biji cili api*
1 biji bawang besar*
1 cm kunyit hidup*
1/2 sudu kecil anak udang kering*
1 keping asam keping
1 sudu kecil garam
Cara memasak :
Kisar kesemua bahan yang bertanda merah.
Masukan santan,kacau dan masukan bahan yang dikisar tadi.Kacau hingga rata.
Taburkan garam,kacau.Selepas itu masukan pucuk paku dan masukan asam keping.
Kacau hingga rata.
Siap dihidangkan.
memo : akhirnya jadi jugak masak lemak ku:-)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan