Khamis, 21 November 2013

Delicious Food Part 1 Nasi Kandar

Gian sudah si dalella nak mengarang kembali.Biasa la mood bukannya boleh di duga.Makin dekat rasanya nak ke tahun 2014.Orang kata,pejam celik pejam celik.Tinggal beberapa minggu lagi.Kalau semalam,dalella mengenai si Zain rayyan yang berjaya tamatkan tahun pertama persekolahan.Hari ini,jom kita bincangkan mengenai makanan yang terdapat di Malaysia.Makanan memang banyak,tapi untuk mendapat makanan yang terbaik agak susah.Lebih-lebih lagi,kita kena lihat keadaan kedai tersebut.Pastikan kedai didalam keadaan yang bersih.Baru selesa ketika menjamu selera.

Delicious food bermaksud kelazatan makanan.Siapa yang dibumi ini yang tidak suka makan.Tapi kita sebangai seorang islam,kena bijak bila memilih makanan.Pastikan setipa kedai yang dikunjungi ada loga halal.Dalella memang suka mencuba sesuatu makanan yang baru.Tetapi bergantung jugak pada jenis makanan.Kalau di tanya makanan apa yang digemari.Banyak jugak,antaranya nasi dengan masakan kampung.Laksa,kuih muih trandisional dan makanan barat.Oleh itu,hari ini dalella akan mengarang serba sedikit mengenai makanan yang terdapat Malaysia.

Di Malaysia,kita kaya dengan perbagai jenis makanan.Rugi rasanya kalau kita tidak mengetahuinya.Kita jangan lupa setiap negeri di Malaysia,ada makanan yang tersendiri untuk menarik minat setiap pengunjung ke negeri tersebut.

Puas berjalan ke sana sini,untuk mencari makanan yang susah didapati di Kuala Lumpur.Contohnya,nasi kandar,tidak dinafikan di Kuala Lumpur sana sini ada saja restoran.Tetapi untuk mencari kelazatannya agak susah.Rasanya tidak sesedap di Pulau Pinang.Bagi dalella jika berkesempatan ke Pulau Pinang,tidak sah kalau tidak ke Nasi Kandar Line Clear.Beratur sepanjang mana pun sanggup.Kelazatan masakannya berjaya memukau setiap pelangan.

Untuk delicious food part 1 ini,kita layan nasi kandar.


Nasi kandar Line clear,177 Jalan Penang, Georgetown, 10000 Georgetown, Pulau Pinang.Dibuka 24 jam.



Nasi kandar Zainul,Lorong Sultan, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor.



Nasi kandar Raihan @ nasi ganjar.40, Jalan Jurureka U1/40,Glenmarie, 40150 Shah Alam,Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan