Menjelang Hari Raya,
Berakhirnya Puasa...
Sedih dan sayu bila teringatkan 10 hari berlalunya ramadhan.Assalamualaikum dihulurkan kepada yang sudi membaca myblog.Terima kasih!What is interesting to share?Of course,Hari Raya Adilfitri 2012.
Seperti biasa,malam raya kami akan berkumpul di sebelah keluarga mertua,di kampung Tanjung Sungai Choh,Rawang.Ini merupakan kali ke 5,saya dan suami beraya bersama.Manakala sikecil,ini tahun ke 4 beraya.Kalau bercerita bab juadah,macam biasa makanan wajib dihidangkan mee belacan.''Next entry nanti saya akan share kan resepi''.Malam takbir raya,dimana sekumpulan akan kunjung rumah ke rumah bagi mengeratkan silaturahim.12 tengah malam kami gerak pulak ke rumah keluargaku.Borak-borak,jam pukal 2 pagi.
Selamat Hari Raya AidilFitri,Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga...
Allaahu akbar..Allaahu akbar..Allaahu akbar..
Laa-ilaaha-illallaahu wallaahu akbar..
Allaahu akbar walillaahil-hamd..
Satu syawal,alhamdulillah sempurna sudah ramadhan 2012.Hari raya tahun ini jatuh pada 19 Ogos 2012.Selepas sembahyang raya,terus gerak ke rumah mertua di Rawang.Salam bersalaman,memohon maaf antara satu sama lain.Kunjung mengunjungi rumah sanak saudara.walaupun sibuk beraya,kami tidak lupa pada yang terlah pergi.Singgah ke kubur ibu mertuaku.Terus gerak ke Klang,belah ibuku.Sempat habiskan empat buah rumah.
lihat,zain pandai ambil gambar!cantik kan...
zain rayyan with tok & nenek...
2 Syawal,ke Taiping untuk mengunjungi kakak kepada ayahku.Pejalanan mengambil masa 3 jam.Sempat singgah ke hentian rehat R&R Sungai Perak.Sarapan pagi dulu.Lebih kurang jam 11 pagi sampai.Bila lama tidak jumpa,dah puas berborak.Pukul 4 petang gerak pulang.Tidak sangka kenderaan banyak,membuat perjalanan sedikit lambat!
Blue team nak pi beraya...
with nana,yana & yann di rumah pok long...
Seperti sebelum ini,3 syawal kami akan berkonvoi saudara mara ke Banting.Bila jumpa dengan sepupu yang gila-gila.''Apalagi sesi berphoto la kami''!Lebih lapan buah rumah sempat kami berkunjung.
5 Syawal,sebelah siang satu keluarga datang beraya.Terima kasih kak eda sudi beraya.Disebelah malam,my fav cousin datang beraya.Cerita hari rayaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan