Jumaat, 9 September 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri,Maaf Zahir & Batin!
Assalammualikum dari saya sekeluarga.Alhamdulillah,tahun ini kali ke 4 saya dan suami beraya.Bagi menyerikan hari raya,buat sekecilku Zain Rayyan ini merupakan kali ke 3.


1syawal disambut pada 30 Ogos 2011.Ini bermakna hari raya ke 2,kita 1 Malaysia akan sambut Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun."Salam Merdeka Raya''Tahun ini agak teruja untuk berhari raya kerana hampir 8 tahun tidak beraya dikampung(Alor Setar,Kedah).


Tapi semenjak mendirikan rumah tangga.Kebiasaannya malam raya kami sekeluarga akan berada di rawang untuk takbir raya.Alhamdulillah,1 syawal menjelang.Bagi umat islam,pagi raya disunatkan untuk sembahyang raya.Tahun ini,pagi raya dirumah ibuku.Selepas itu,kami sekeluarga bertolak ke kampung.

Zain Rayyan & Baju Melayu!




Family photo!

Dalam gambar ni tidak akan kelihatan gambar ibuku.Kerana dia orang yang paling sibuk di pagi raya.Menyediakan juadah.Terima Kasih ibuku!





                                  Zahraine,Zain Rayyan,Jaafar Jusoh & Nor Fasdeli

Indahnya beraya di desa!

Wahai perantau - perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Bila ada kesempatan beraya dikampung.Apa yang paling mengembirakan.Melihat aksi sikecilku,Zain Rayyan beraya.





Kalau nak tahu,kalau di Alor Setar.Mereka menyediakan juadah ''Ketupat palas'' dengan serunding!Serunding ada pelbagai.Ada serunding daging,ayam,ikan bilis dan macam lagi la.
Wow...sedapkan!sampai menjilat jari la.Tapi lemang pun ada.Nasi impit,kuah kacang dan macam - macam  ada.

Raya ke 2 

No Baju Kurung?


Alamak,nak beraya dengan baju kasual?yupp..saya secara jujur,lebih selesa bebaju kasual.Hari ini,31 Ogos 2011.Merdeka,merdeka,merdeka...





Salam Merdeka Raya!

Raya ke 3

Raya ke 2,semua rumah sanak saudara sudah di kunjungi.Boleh di katakan,satu bandar Alor Setar.Raya ke 3.Selepas sarapan,bergerak ke Bukit Kayu Hitam lebih kurang 33.0km 27 minit (Lebuhraya Utara - Selatan).Kebanyakan kedai di situ tutup.Biasa la,masih hari raya lagi.Barang pun agak mahal jugak ye.

Green Mood Today!

     
     Keluarga kecilku!


Selamat jalan,jumpa lagi.   

Seterusnya gerak ke satu daya tarikan di Alor Setar.Pekan Rabu.Nak tahu sejarah Pekan Rabu?Nama "Pekan Rabuyang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah. Apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir sendiri pernah berniaga di situ. Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu.tu dia,ceritanya.Macam - macam ada.


Cerita Zain Rayyan & Capal!

Lihat aksi Zain Rayyan yang sedang mencuba selipar capal.Sangat - sangat excited sikecilku ini.Comelnya!I want..i want...tu la jerit si Zain Rayyan.



Raya ke 4

Masa untuk pulang ke Kuala Lumpur.Bye...Alor Setar!
Selamat Datang ke Pulau Pinang
Singgah dulu ke Pulau Mutiara,Pulau Pinang.Ini merupakan kali pertama ke Pulau Pinang.Jadi apa lagi,pusing la satu penang!Bestnya.Dah sampai ke sini tak sah la,kalau tak naik feri.Dengan bayaran Rm 7.00.Kita dapat menikmati keindahan laut.Angin yang bertiup.Makan - makan pun sedap.Kalau ke penang tidak sah tak pekena nasi kandar.Nasi Kandar Line Clear.fuhh...ramai sangat.Nasib baik ada meja .makan.Kalau tak jawabnya bungkus la.Sedap sampai menjilat jari.Harga terbaik!


Lihat angin terlalu kuat!


OMG!Lihat orang ramai sanggup beratur demi nak merasa nasi kandar line clear.Walaupun hujan mereka sanggup beratur.Fuyoo..



Rasa nak makan lagi!


Jeruk - jeruk.Lihat perbagai jenis buah jeruk ada di situ.Murah - murah!




Tokong ular.My mom,very excited.Tapi bila masuk kedalam kecut perut di buatnya.Banyak sangat ularnya.Gelinya.Oh tidak!Muka sebelum masuk ''suka''.


OMG!Makan,makan dan makan.Alamak,berat badan macam naik je.Ini masuk kali ke 3 makan.Muka pun macam ''blur'' je.Makanan di penang sangat sedap!


Byee..Puala Pinang!Jumpa lagi,insyaAllah.
                                                                                                                         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan