Rabu, 25 Julai 2012

Bihun Sup Kuning

Baru lima hari kita umat islam berpuasa.Semangat mencari dan muat turun lagu raya,mengalahkan lagi lima hari menjelang raya!Itu yang dikatakan ''MOOD RAYA''.Alhamdulillah,sampai juga puasa yang ke lima.Tugasan sebagai seorang suri rumah,berjalan seperti biasa!Juadah untuk hari ini,tiada nasi.Biasalah kadang-kadang jemua bila dijamu hari-hari dengan nasi.Jadi kita tukar selera hari ini.Bihun sup kuning?Jangan terkejut,selalunya jika ia berwarna kuning.Ia dipanggil bihun sup utara.Apa pun,berbuka puasa bersama keluarga adalah waktu yang terbaik bagi mengeratkan silaturahim.Selamat malam dan selamat berpuasa.



                                                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan